Wednesday 31 December 2014

LATIHAN SENI KOMPANG DAN ASAS SENI ZAPIN 31 DISEMBER 2014




31 Disember 2014 – Alhamdulillah, KKWS menutup tahun 2014 yang penuh cabaran dugaan dengan meneruskan kesinambungan latihan seni tradisi bangsa ini. Kali ini KKWS bukan saja menjalankan latihan kompang malah mengambil kesempatan semangat tahun baru dengan  memperkenalkan 1 lagi elemen seni bangsa iaitu seni Zapin.

Latihan seni Zapin ini dilatih dan diperkenal oleh Saudara Akhmal sebagai pengenalan untuk aktiviti baru kepada anak-anak KKWS yang akan dilancarkan pada 2015. Latihan asas zapin ini segaja diselitkan didalam latihan kompang pada kali ini untuk memperkenalkan keunikan seni zapin yang diiringi dengan paluan zapin oleh Ahli-ahli kompang secara tidak langsung membiasakan ahli-ahli kompang dengan paluan zapin untuk mengiringi persembahan seni zapin yang diperkenalkan oleh KKWS kelak.

Latihan kali ini ditutup dengan doa dan azam yang berkobar-kobar untuk memartabatkan tradisi bangsa pada tahun 2015 yang pastinya penuh dengan cabaran dan dugaan untuk KKWS sendiri dalam melaksana 3 objektif utama kami.

Semoga dengan kerjasama semua ahli jawatankuasa KKWS,  sokongan dari ahli-ahli dan ibu bapa serta masyarakat Saujana Utama Khususnya akan membantu kami dalam merealisasikan impian untuk melihat tradisi bangsa ini kembali dipelihara selari dengan kemajuan dan peredaran zaman. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment