Tuesday 24 February 2015

KKWS @ SK Sri Pristana



25 Februari 2015 – Alhamdulillah sekali lagi KKWS diberi kepercayaan untuk mengadakan persembahan Kompang. Kali ini SK Sri Pristana menjadi tuan rumah menjemput kami bagi menyerikan Program Hari Nilam Sekolah ini.

KKWS diberi tugas untuk mempersembahkan paluan mengarak bagi menyambut VVIP yang hadir dari Jabatan Pendidikan Kuala Selangor. Majlis ini juga mendapat kerjasama dari Guru Besar Sk Sri Pristana bagi mempertengahkan anak-anak KKWS yang rata-ratanya adalah murid sekolah ini.

Dikesempatan ini juga pihak pengurusan KKWS ingin mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih kepada Guru Besar SK Sri Pristana kerana memberi ruang untuk KKWS lebih dikenali dan diterima oleh masyarakat. Kerjasama ini juga memberi ruang pada anak-anak KKWS ini lebih berkeyakinan dalam memartabatkan khazanah bangsa.

Semoga kita dapat bekerjasama lagi dimasa akan datang dalam melahirkan lebih ramai pewaris seni khazanah bangsa ini, Insya Allah.

Saturday 14 February 2015

KKWS @ SETIA CITY MALL





14 Februari 2014 – kesinambungan dari persembahan pada Ahad lepas, pihak Ajk kecik seni kompang telah membuat keputusan mengadakan latihan pemantapan di perkarangan dataran Setia City Mall.

Latihan ini sengaja diadakan diluar bagi membiasakan anak-anak KKWS dengan suasana orang ramai bagi meningkatkan keyakinan mereka didalam membuat persembahan.

Latihan yang dijalankan secara santai ini menarik minat ibubapa anak-anak KKWS malah masyarakat yang rata-rata hadir untuk menghabiskan masa hujung minggu dengan beriadah bersama keluarga. 

Dengan itu pihak pengurusan KKWS mengambil kesempatan ini untuk mengadakan promosi dengan mengedarkan pamplet dan kad KKWS bagi lebih dikenali masyarakat sekitar.

Pihak KKWS juga mengambil kesempatan ini mengadakan Jamuan secara ‘Potluck’ dan riadah bersama penjaga dan anak-anak KKWS. Aktiviti seperti ini dapat merapatkan lagi hubungan kekeluargaan didalam KKWS agar lebih erat. 

Semoga aktiviti ini dapat diadakan dengan lebih kerap dimasa dihadapan disamping mengukuhkan paluan KKWS juga memandang serius ikatan kekeluargaan yang terjalin diantara ahli , ibubapa dan pengurusan KKWS didalam memartabatkan seni bangsa.



Sunday 8 February 2015

Maju Junction 8 Februari 2015


8 Februari 2015 – Alhamdulillah sekali lagi KKWS diberi kepercayaan untuk memeriahkan Majlis perkahwinan. Kali ini Majlis diadakan di Maju Junction, Kuala Lumpur.

Memandangkan Jarak yang agak jauh dengan saujana Utama, pihak pengurusan KKWS telah menyewa 2 buah van bagi melancarkan perjalanan Anak-anak KKWS untuk memenuhi undangan majlis kali ini.

Anak-Anak KKWS yang terlibat seramai 25 orang dan diiringi oleh 10 orang Ahli dewasa dan Ajk bertolak dari Saujana Utama pada jam 10.30 pagi dan tiba pada 11.30 pagi.

Anak-anak KKWS memulakan persembahan pada jam 1.30 tgh hari sebaik saja pengantin tiba dengan paluan Mengarak dan selawat. Dan diikuti paluan salingan yang mengiringi majlis persandingan dan makan beradat.

Majlis kali ini diserikan lagi dengan kunjungan dan kata-kata nasihat dari Cikgu Jalal dari Pasukan Jalal Kompang sebagai penyuntik semangat untuk anak-anak KKWS dalam memartabatkan budaya bangsa ini.


Persembahan KKWS selesai pada Jam 3 petang dengan wajah ceria anak-anak KKWS yang rata-ratanya ingin terus bersemangat untuk melibatkan diri dalam majlis seperti ini dimasa akan datang. Insya Allah.

Friday 6 February 2015

Latihan 6 Februari 2015

6 Februari 2015 – Sekali lagi KKWs berkesempatan untuk mengadakan sesi latihan sebagai persediaan untuk persembahan pada majlis di Maju Junction, Kuala Lumpur.

Latihan kali ini diadakan bagi memperkemaskan lagi paluan untuk anak-anak kkws memandangkan persembahan kali ini merupakan persembahan pertama KKWS diluar Selangor.

Pada latihan kali ini anak-anak penuh dengan semangat untuk memberi persembahan yang terbaik buat Tuan Rumah yang mengundang kami sebagai membalas jasa mereka kerana mempercayai KKWS untuk memeriahkan lagi Majlis mereka.

Latihan tamat tepat jam 11 malam dengan sedikit penerangn taklimat oleh pihak pengurusan dan AJK tentang perjalanan majlis pada hari Ahad ini.


Semoga setiap urusan KKWS dipermudahkan dan dapat memberi persembahan yang terbaik buat Tuan Rumah dan tetamu yang hadir.

Monday 2 February 2015

Latihan Malam Thaipusam





2 Februari 2015 – Latihan pembukaan untuk bulan Februari 2015 dibuka dengan penuh meriah dan semangat dengan paluan Spirit Of KKWS yang dicipta sendiri oleh Pengerusi KKWS Saudara Wak Jibeng.

Paluan ini mempunyai keunikan yang tersendiri dan menambat hati anak-anak KKWS khususnya walaupun baru pertama kali mendengar dan memainkan paluan ini. Paluan ini adalah kombinasi paluan rancak yang menaikkan tempoh persembahan dan sekaligus menaikkan semangat pada pemain itu sendiri.

Latihan ini juga diteruskan dengan persiapan untuk majlis jemputan perkahwinan pada Ahad 8 Februari ini. Persiapan ini menyaksikan anak-anak dilatih memperkemaskan lagi teknik paluan dan menyelitkan nyanyian dan gerakan didalam persembahan.

Latihan ditamatkan pada tepat jam 11 malam dan disambung dengan perbincangan bagi melancarkan perjalanan untuk persembahan Ahad ini oleh barisan AJK KKWS. Perbincangan ini lebih menjurus kepada persediaan berkaitan pengangkutan dan pengurusan untuk persembahan memandangkan majlis tersebut dijalankan di Maju Junction,Kuala Lumpur  dan merupakan persembahan pertama KKWS luar dari Saujana Utama.