Wednesday 26 November 2014

LATIHAN DEWASA: 26 NOV 2014




26 nov 2014 – Sekali lagi rutin latihan bagi ahli-ahli dewasa dapat dijalankan dengan jayanya. Walaupun tanpa Jurulatih saudara wak jibeng, latihan kali ini diberi sedikit kelainan oleh saudara Suhaimi.

Dengan kehadiran ahli yang bukan sahaja dikalangan ahli dewasa,latihan kali ini memberi tumpuan kepada paluan lagu-lagu salingan yang telah diajar sebelum ini untuk memantapkan lagi paluan. Selain itu Saudara suhaimi juga mengambil peluang ini mencari bakat-bakat baru dalam pemainan jidor dikalangan ahli-ahli cilik KKWS.

Latihan kali ini Berjaya dengan kerjasama semua AJK yang memain peranan membantu saudara Suhaimi melatih dan memimpin paluan dengan saling bertukar pendapat dan pandangan. Semoga kerjasama yang erat ini terus kekal dan diperkembangkan dalam usaha memartabatkan budaya bangsa yang kita sayangi ini.

Saturday 22 November 2014

Latihan Anak-Anak KKWS : 22 Nov 2014



22 Nov 2014 – Memandangkan ketiadaan saudara Wak Jibeng sebagai jurulatih kompang kerana ada tugasan di Kucing,Sarawak latihan kali ini diterajui oleh Saudara Suhaimi untuk mengantikan Wak Jibeng dan dibantu oleh AJK KKWS yang lain.

Latihan kali ini berjalan seperti minggu-minggu lalu dimana anak-anak KKWS kembali diajar dengan paluan Asas Melalu untuk mendapatkan pemahaman tempo dan paluan yang seragam. 

Latihan kali ini anak-anak KKWS tidak dibenarkan membuat paluan meningkah,menganak dan sebagainya tetapi hanya memberi fokus kepada mengalu sahaja namun dibantu oleh AJK KKWS sebagai pemalu meningkah untuk mendapatkan keserasian paluan dan rentak.

Latihan kali ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama semua pihak, latihan ditamatkan tepat jam 11.00 malam.

Wednesday 19 November 2014

LATIHAN DEWASA - 19 NOV 2014




19 Nov 2014 – Alhamdulillah sekali lagi rutin latihan dapat dijalankan untuk ahli-ahli dewasa. Latihan kali ini diadakan dalam suasana yang penuh santai dan bersahaja oleh Tuan Pengerusi KKWS.  Seperti minggu lalu,latihan kali ini sekali lagi memberi tumpuan kepada paluan lagu salingan dan midley. 

Latihan kali ini juga tuan pengerusi mengambil kesempatan melancarkan tabung kebajikan KKWS. Tabung ini bertujuan sebagai tabung bantuan kecemasan untuk Ahli-ahli yang mengalami musibah  dan juga sebagai inisiatif dari KKWS dalam meraikan ahli-ahli yang akan berkahwin mahupun menimang cahaya mata.

Dengan ini menunjukkan KKWS bukan sahaja relivendalam memartabatkan  seni bangsa tetapi juga berkeprihatinan dalam menjaga kebajikan para  Ahli yang seiring dengan 3 objektif utama penubuhan kelab ini.

Sesungguhnya setiap kegembiraan ataupun musibah yang dihadapi oleh setiap ahli KKWS turut dirasai bersama sebagai satu keluarga. Semoga dengan ikatan ukhwah yang terbina ini dapat mengukuhkan lagi tulang belakang KKWS dalam menempuh ranjau perjuangan seni bangsa ini.

Latihan ditamatkan pada jam 11.30 malam dan seperti disambung pula dengan sesi perbincangan dikalangan AJK KKWS dalam usaha mengukuhkan lagi asas didalam KKWS agar tidak goyah dalam menghadapi badai perjuangan seni bangsa ini.

Saturday 15 November 2014

Latihan Anak-Anak KKWS 14 November 2014




14 Nov 2014 – Sekali lagi rutin latihan untuk kanak-kanak KKWS dijalankan seperti biasa. Seperti minggu lalu latihan dijalankan kembali pada pukulan asas untuk memantapkan paluan dan pemahaman rentak bagi anak-anak KKWS.

Latihan ini bertujuan untuk memantapkan lagi paluan terutama pada paluan mengarak dan selawat yang selalu menjadi paluan utama dalam majlis-majlis rasmi. Kanak-kanak KKWs telah memberi banyak peningkatan terutama bagi yang baru saja menyertai KKWS. Ini menunjukkan perkembangan yang positif untuk KKWS dan secara tidak langsung memudahkan pihak pengurusan merangka aktiviti mahupun persembahan.

Latihan ni yang dihadiri bukan sahaja perserta kanak-kanak namun turut juga dihadiri oleh ibubapa. Kehadirin mereka ini secara tidak langsung membantu menggalakkan anak-anak kecil ini untuk terus mendalami seni bangsa yang indah ini dan juga sebagai tanda sokongan kepada KKWS sendiri.

Latihan kali ini tamat seperti biasa pada Jam 11.30 malam dan disambung pula dengan sesi refleksi oleh para AJK KKWS sehingga jam 3.30 pagi. Memandangkan semua AJK sibuk dengan tanggungjawab dan kerjaya pada hari-hari lain, pihak pengurusan KKWS terpaksa mencuri ruang ini untuk memberi sepenuh tumpuan kepada KKWS bagi meneruskan penambahbaikkan yang tidak putus-putus kepada KKWS.

Sesungguhnya inilah pengorbanan kecil mereka demi memastikan perjuangan seni bangsa tidak luput ditelan zaman. Semoga usaha kalian diberkati Allah.

Tahniah KKWS!!!!

Wednesday 12 November 2014

LATIHAN DEWASA: 12 NOVAMBER 2014




12 Nov 2014 – Perjuangan KKWS diteruskan lagi dengan rutin latihan seperti minggu-minggu sebelumnya. Seperti yang telah ditetapkan minggu lalu,setiap rabu hanya menjadi medan untuk Ahli dewasa melepaskan ‘gian’ untuk memalu kompang. 

Berbeza dengan latihan peserta Kanak-kanak latihan dewasa lebih menjurus kepada lagu-lagu salingan yang santai. Latihan kali ini menjurus kepada penambahbaikkan paluan lagu Lemak Manis yang telah dikuasai pada minggu lepas dan juga pengenalan pada paluan lagu baru iaitu lagu midley Pengantin Baru/Kampung Pening Lalat.

Latihan seperti ini Nampak lebih ‘bernyawa’ dari sebelum ini apabila berlaku perkongsian idea dan pengalaman dikalangan Ahli-ahli. Ini menunjukkan pertalian antara ahli-ahli semakin akrab seperti sebuah keluarga yang besar. Semoga dengan keakraban ini dapat membantu memperkembangkan lagi KKWS dan dapat memberi impak yang positif pada pelapis-pelapis KKWS nanti.

Latihan kali ini berakhir seperti biasa jam 11.30 malam dan disambung pula dengan mesyuarat perancangan oleh barisan-barisan AJK. Mesyuarat ini dijalankan bagi membuat sesi refleksi serta penambahbaikkan untuk latihan-latihan yang akan datang. Dalam suasana santai dan penuh mesra dikalangan AJK-AJK, banyak idea-idea positif yang dapat dikumpulkan bagi memastikan 3 objektif utama KKWS tercapai. Majlis selesai pada Jam 3 pagi dengan perbentangan pengisian untuk latihan Ahli Kanak-kanak KKWS pada hari Jumaat nanti.

Untuk semua yang menyokong KKWS pihak admin belanja video latihan sikit.