Wednesday 31 December 2014

LATIHAN SENI KOMPANG DAN ASAS SENI ZAPIN 31 DISEMBER 2014




31 Disember 2014 – Alhamdulillah, KKWS menutup tahun 2014 yang penuh cabaran dugaan dengan meneruskan kesinambungan latihan seni tradisi bangsa ini. Kali ini KKWS bukan saja menjalankan latihan kompang malah mengambil kesempatan semangat tahun baru dengan  memperkenalkan 1 lagi elemen seni bangsa iaitu seni Zapin.

Latihan seni Zapin ini dilatih dan diperkenal oleh Saudara Akhmal sebagai pengenalan untuk aktiviti baru kepada anak-anak KKWS yang akan dilancarkan pada 2015. Latihan asas zapin ini segaja diselitkan didalam latihan kompang pada kali ini untuk memperkenalkan keunikan seni zapin yang diiringi dengan paluan zapin oleh Ahli-ahli kompang secara tidak langsung membiasakan ahli-ahli kompang dengan paluan zapin untuk mengiringi persembahan seni zapin yang diperkenalkan oleh KKWS kelak.

Latihan kali ini ditutup dengan doa dan azam yang berkobar-kobar untuk memartabatkan tradisi bangsa pada tahun 2015 yang pastinya penuh dengan cabaran dan dugaan untuk KKWS sendiri dalam melaksana 3 objektif utama kami.

Semoga dengan kerjasama semua ahli jawatankuasa KKWS,  sokongan dari ahli-ahli dan ibu bapa serta masyarakat Saujana Utama Khususnya akan membantu kami dalam merealisasikan impian untuk melihat tradisi bangsa ini kembali dipelihara selari dengan kemajuan dan peredaran zaman. Insya Allah.

Wednesday 24 December 2014

LATIHAN 24 DISEMBER 2014




24 Disember 2014 – setelah lama berehat panjang,KKWS sekali lagi berkesempatan mengadakan rutin latihan seperti biasa. Kali ini latihan dimulakan agak lewat sedikit kerana masalah cuaca memandang sekarang musim hujan dan oleh sebab itu juga ramai dikalangan ahli-ahli terutama Kanak-kanak KKWS tidak dapat hadir seperti biasa.

Latihan kali ini dijalankan seperti biasa bagi memantapkan lagi paluan KKWS bagi lagu-lagu salingan bagi persediaan untuk undangan majlis-majlis perkahwinan sekitar 2015. Latihan kali ini dijalankan dengan penuh santai dan harmoni dikalangan ahli-ahli.

Latihan kali ini tamat pada jam 11.30 malam dengan ahli-ahli yang diketuai pengerusi Saudara Wak Jibeng menyedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Ibu kepada Setiusaha KKWS Puan Dora Haryanty dan mangsa-mangsa banjir yang melanda negeri-negeri pantai timur dan negeri-negeri yang terlibat. 

Disamping itu juga pihak pengurusan KKWS melancarkan tabung kutipan derma untuk mangsa-mangsa banjir bagi meringankan beban mereka disana. Semoga usaha yang kecil dari kami ini mendapat Keredhaan dan keberkatan dari ALLAH S.W.T dan sekaligus meringankan penderitaan mangsa-mangsa yang tidak bernasib baik.

Monday 15 December 2014

PENGAMBILAN PESERTA SENI SILAT



Pengumuman – Dalam usaha memartabatkan seni warisan bangsa dan seiring dengan objektif penubuhan  KKWS sendiri, hasil kerjasama dengan Pertubuhan Seni Silat Purbawira dengan segala hormatnya kami membuka pendaftaran untuk pengambilan ahli-ahli baru yang berminat untuk menyertai warisan Seni Silat ini.

Untuk pengetahuan pembaca Pertubuhan Seni Silat Purbawira adalah pertubuhan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia dan merupakan Ahli Gabungan kepada KKWS.

Oleh itu kepada sesiapa yang berminat untuk menyertai atau memerlukan keterangan lanjut mengenai  Seni Silat ini boleh menghubungi Nombor yang tertera dengan segera kerana tempat adalah terhad.

Pengambilan tertumpu kepada remaja berusia 13 tahun keatas dan hanya memerlukan maksima  40 orang peserta untuk pengambilan kali ini.

Sunday 14 December 2014

LATIHAN KKWS 10 DISEMBER 2014





10 Disember 2014 – Sekali lagi rutin latihan dijalankan seperti biasa. Rentetan dari persembahan dimajlis perkahwinan pada sabtu lepas. Pihak KKWS kembali membuat anjakan paradikma bagi memperkemaskan lagi persembahan dimasa-masa mendatang.

Kali ini pihak KKWS melatih bakal-bakal tekong dikalangan anak-anak KKWS bagi memimpin persembahan disamping ahli-ahli dewasa menjadi pengiring paluan agar paluan anak-anak ini sekata dan sentiasa seimbang.

Selain itu lebih ramai ahli-ahli dewasa dan anak-anak dilatih bermain jidor demi membentuk generasi serba boleh dan memastikan seni ini terus diwaris.

Saturday 6 December 2014

PERSEMBAHAN KAHWIN 6 DISEMBER 2014





6 Disember 2014 – Buat Pertama kalinya KKWS mengadakan persembahan dimajlis Perkahwinan. Perkahwinan ini merupakan majlis Abang kepada ahli KKWS sendiri.

Selain itu persembahan ini merupakan pendedahan awal kepada anak-anak KKWS memandangkan rata-rata mereka belum mempunyai pengalaman membuat persembahan dimajlis-majlis seperti ini.
Persembahan kali ini dibuka dengan paluan mengarak bersama pengantin dan paluan salingan yang berunsurkan lagu-lagu rakyat mengiringi majlis makan beradat. 

Alhamdulillah,majlis kali ini berjalan lancar dan secara tidak langsung membuka mata masyarakat sekitar yang seni kompang nyata masih relevan bagi majlis-majlis perkahwinan melayu khususnya dan majlis-majlis rasmi.

Pihak pengurusan KKWS ingin mengambil kesempatan ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak tuan rumah,khususnya kedua mempelai kerana sudi menjemput kami  sekaligus membantu usaha murni kami dalam memartabatkan kembali seni kompang dan seni-seni buadaya bangsa yang lain agar tidak terus ditelan zaman.

Kami doakan kedua mempelai terus tabah didalam menghadapi ranjau rumahtangga dan semoga kekal berbahagia hingga ke syurga, Insya Allah.