Wednesday 3 December 2014

LATIHAN PENYATUAN 3 DISEMBER 2014



3 Disember 2014 – Latihan pertama didalam bulan Disember dimulai dengan penuh semangat oleh Saudara Wak Jibeng setelah hampir seminggu berkursus di Kuching,Sarawak.

Latihan kali ini dimulakan dengan agak lewat sedikit kerana terdapat sedikit permasalahan dan kekeliruan oleh pihak pengurusan KKWS. Namun permasalahan itu tidak sedikit pun mematahkan semangat ahli-ahli KKWS terutama pelapis-pelapis cilik KKWS. Malah latihan kali ini dijalankan dengan penuh semangat memandangkan undangan perkahwinan yang pihak KKWS terima terlalu banyak disepanjang cuti sekolah kali ini.

Untuk latihan kali ini paluan lagu-lagu salingan diperkenalkan kepada ahli-ahli cilik dan diperkemaskan lagi oleh ahli-ahli dewasa. Dengan kerjasama semua AJK latihan kali ini berjalan lancar dan paluan kompang KKWS semakin bergema menyemarakkan lagi semangat anak-anak bangsa ini.

No comments:

Post a Comment