Friday 2 January 2015

Latihan Pembukaan Tahun 2015 - 2 Januari 2015






2 Januari 2015 – Kehadiran tahun baru merupakan satu lagi tahun yang akan menyaksikan perjuangan KKWS yang penuh ranjau dan duri. Seperti tahun 2014, tahun 2015 pastinya menjanjikan sesuatu yang penuh dugaan buat KKWS dalam memartabatkan seni bangsa yang semakin lupus ditelan zaman.

Menyedari setiap perjuangan akan pasti penuh dengan dugaan dan pengorbanan, pihak KKWS dengan bersemangat memulakan 2015 dengan latihan yang jauh berbeza dari kebiasaan. Kali ini KKWS membuat sedikit anjakan paradigma didalam perjalanan KKWS dengan memulakan 3 lagi elemen yang ingin dipertengahkan didalam KKWS iaitu zapin,silat dan qasidah sebagai mengiringi elemen sedia ada iaitu kompang.

Elemen-elemen ini dipilih memandangkan ia juga boleh digabungkan dengan paluan kompang sebagai tunjang utama didalam setiap persembahan KKWS. 

Latihan kali ini dimulai dengan memperkemaskan paluan kompang yang telah dipelajari dan juga merupakan sesi memanaskan badan untuk semua ahli sebelum ahli-ahli dipecahkan kepada elemen-elemen seni seterusnya.

Setiap elemen yang baru diperkenalkan didalam KKWS ini dimulakan dengan kelas asas sebagai pengenalan untuk ahli-ahli KKWS sebelum pihak pengurusan KKWS merangka perjalanan yang lebih jauh. Ini perlu untuk memastikan minat dan bakat anak-anak KKWS yang merupakan salah 1 Objektif utama penubuhan KKWS dalam melahirkan pelapis yang akan mewarisi perjuangan seni bangsa ini.

Pihak KKWS mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam memastikan perjuangan ini terus mekar dan berkembang, semoga segala usaha kita ini mendapat keberkatan dari Allah S.W.T. 

Ameen.

No comments:

Post a Comment