Friday 5 December 2014

LATIHAN PENYATUAN DAN PERSIAPAN 5 DISEMBER 2014



5 Disember 2014 – Sekali lagi latihan dijalankan seperti biasa. Latihan ini merupakan sesi persediaan terakhir untuk undangan persembahan di majlis perkahwinan pada 6 Disember ini di Taman Sri Pristana.

Latihan ini dijalankan untuk memantapkan paluan lagu-lagu salingan dan memperkemaskan lagi paluan mengarak sebagai persediaan terutama untuk anak-anak KKWS yang rata-ratanya belum ada pengalaman membuat persembahan dimajlis perkahwinan sebelum ini.

Latihan kali ini diperkemaskan dengan bantuan semua AJK dan ahli-ahli dewasa sebagai mentor dan pembimbing agar setiap paluan lebih serasi dan berkesinambungan sebagai 1 pasukan.

Latihan berakhir lebih awal pada kali ini untuk memberi ruang kepada semua ahli-ahli berehat untuk menghadapi persembahan hari esok agar dapat memberi persembahan terbaik dan sekaligus membantu memeriahkan majlis.

No comments:

Post a Comment