Wednesday 24 December 2014

LATIHAN 24 DISEMBER 2014




24 Disember 2014 – setelah lama berehat panjang,KKWS sekali lagi berkesempatan mengadakan rutin latihan seperti biasa. Kali ini latihan dimulakan agak lewat sedikit kerana masalah cuaca memandang sekarang musim hujan dan oleh sebab itu juga ramai dikalangan ahli-ahli terutama Kanak-kanak KKWS tidak dapat hadir seperti biasa.

Latihan kali ini dijalankan seperti biasa bagi memantapkan lagi paluan KKWS bagi lagu-lagu salingan bagi persediaan untuk undangan majlis-majlis perkahwinan sekitar 2015. Latihan kali ini dijalankan dengan penuh santai dan harmoni dikalangan ahli-ahli.

Latihan kali ini tamat pada jam 11.30 malam dengan ahli-ahli yang diketuai pengerusi Saudara Wak Jibeng menyedekahkan Al-Fatihah kepada Arwah Ibu kepada Setiusaha KKWS Puan Dora Haryanty dan mangsa-mangsa banjir yang melanda negeri-negeri pantai timur dan negeri-negeri yang terlibat. 

Disamping itu juga pihak pengurusan KKWS melancarkan tabung kutipan derma untuk mangsa-mangsa banjir bagi meringankan beban mereka disana. Semoga usaha yang kecil dari kami ini mendapat Keredhaan dan keberkatan dari ALLAH S.W.T dan sekaligus meringankan penderitaan mangsa-mangsa yang tidak bernasib baik.

No comments:

Post a Comment