Saturday 31 January 2015

KKWS @ Perkarangan Surau Lama Sri Pristana





31 Januri 2015 – Sekali lagi rutin latihan telah dijalankan oleh pihak KKWS. Kali ini tempat latihan dipindahkan ke perkarangan surau lama Sri pristana,Saujana Utama. Ini sebagai langkah pihak KKWS menarik minat anak-anak ini dan sesekali beralih angin untuk mengubah momentum dan meningkatkan semangat anak-anak yang hanya biasa dengan perkarangan SRA saujana utama sahaja sebelum ini.

Latihan ini merupakan latihan persediaan untuk jemputan persembahan kompang dimajlis perkahwinan pada 8 Feruari di Maju Junction Kuala Lumpur dan 21 Februari di Dewan TUDM Subang. Memandangkan jemputan persembahan yang menggalakkan, KKWS terpaksa memberhentikan dahulu aktiviti-aktiviti untuk elemen seni yang lain bagi memberi ruang seni kompang mempersiapkan dan memperkemaskan paluan untuk memastikan kualiti paluan dipertingkatkan.

Latihan kali  ini mendapat kerjasama yang baik dari semua AJK bagi melancarkan proses latihan dan secara tidak langsung meningkatkan semangat dan keyakinan anak-anak ini sebagai persediaan membiasakan diri bermain kompang dimajlis-majlis rasmi.

Dengan semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak ini juga secara tidak langsung memberi semangat kepada pengurusan KKWS untuk terus memperkembang dan memperhebatkan lagi bakat anak-anak ini agar lebih dikenali sekaligus memartabatkan seni ini dikalangan generasi muda.

Friday 16 January 2015

LATIHAN 16 JANUARI 2015




16 Januari 2015 – Rutin latihan sekali lagi diadakan dengan paluan bergema seawal jam 9.00 malam oleh timbalan pengerusi saudara suhaimi. Kali ini anak-anak KKWS diberi ruang memimpin sendiri paluan mengikut susunan lagu yang telah dilatih sebelum ini.

Latihan kali ini menyaksikan kemajuan anak-anak ini dalam memimpin setiap paluan sekaligus membiasakan diri untuk kedepan.

Latihan diteruskan pula dengan 3 elemen seni yang lain tepat jam 10.00 malam. Latihan ketiga-tiga elemen ini turut disertai oelh barisan ajk-ajk yang telah dilantik semasa mesyuarat ajk yang lalu. Barisan AJK yang ada bukan sahaja membantu kepada pengurusan latihan setiap elemen tetapi juga turut berkongsi idea dan pengalaman untuk sama-sama melatih dan menanamkan minat anak-anak KKWS terhadap seni warisan bangsa ini. 

Latihan ini ditamatkan seperti biasa dengan pesanan dan penerangan oleh Ketua-ketua setiap elemen mengenai fokus utama perjalanan aktiviti ini dimasa akan datang demi melahirkan pelapis yang berkualiti dan bukan hanya sekadar kuantiti.

Semoga segala usaha KKWS dan pengorbanan jurulatih yang melatih secara sukarela ini diberkati  serta perjuangan ini diredhai Allah..Ameen.

Wednesday 14 January 2015

Orang-Orang Kuat KKWS Berkampung



14 Januari 2014 – Buat pertama kalinya pihak KKWS menangguhkan rutin latihan yang biasanya diadakan setiap rabu bagi memberi ruang kepada Pihak Pengurusan KKWS untuk  mengadakan mesyuarat pengurusan siri 1/2015.

Mesyuarat ini diadakan untuk membentuk dan memperkemaskan barisan AJK induk dan AJK kecik untuk keempat-empat elemen seni bagi memudahkan perjalanan aktiviti. Mesyuarat kali ini juga menyaksikan perubahan dalam pengisian latihan dalam setiap aktiviti KKWS mengikut kesesuaian waktu dan keadaan memandangkan sesi persekolahan 2015 baru sahaja bermula.

Selain itu,Pihak KKWS turut membincangkan permasalahan didalam setiap latihan dan setiap elemen seni yang diketengahkan dan mencari jalan penyelesaian yang sebaiknya bagi memastikan kelancaran program selari dengan perancangan dan objektif asal penubuhan kelab ini.

Hasil dari mesyuarat kali ini menyaksikan lebih ramai tenaga AJK  dan biro-biro baru yang dibentuk bagi menyeimbangkan dan menampung beban tugas yang dipikul oleh AJK-AJK sedia ada sekaligus mendapat yang respon yang positif dari semua.

Mesyuarat yang dijalankan penuh santai ini berakhir Jam 12.00 tengah malam. Semoga setiap program yang disusun dan dirancang dipermudahkan dan memberikan kesan yang positif pada KKWS dan masyarakat khasnya dalam usaha kami memmartabatkan kembali khazanah bangsa ini.

Ameen.

Friday 9 January 2015

Latihan 9 Januari 2015



9 Januari 2015 – Latihan diteruskan lagi dengan kehadiran Pengerusi KKWS yang kembali mengetuai latihan Kompang. Latihan kali ini sedikit dapat melepaskan rindu anak-anak KKWS kepada Acik Wak Kesayangan mereka ini.

Latihan dibuka dengan paluan selawat selari dengan semaraknya semangat anak-anak KKWS ini. Latihan kali ini menyaksikan saudara Wak Jibeng memperkenalkan 2 paluan lagu baru untuk anak-anak KKWS. Kemudian latihan disambung pula dengan latihan zapin dan gerakan formasi diiringi paluan kompang.

Latihan dilanjutkan sehingga Jam 12 tengah malam memandangkan keesokan hari adalah hari sabtu dan merupakan minggu-minggu terakhir sebelum sesi persekolahan 2015 dibuka. Walaupun sedikit kepenatan namun objektif tercapai untuk melihat anak-anak ini terus bersemangat dan menyayangi seni bangsa.

Wednesday 7 January 2015

Latihan 7 Januari 2015




7 Januari 2015 – Sekali lagi pihak KKWS mengadakan latihan seperti biasa. Kali ini latihan dijalankan tanpa Jurulatih kompang dan juga merangkap pengerusi KKWS saudara Wak Jibeng. Namun latihan kali ini dikendalikan oleh Timbalan Pengerusi KKWS yang juga merangkap Jurulatih seni silat KKWS iaitu saudara Suhaimi dan dibantu oleh AJK-AJK  yang turut hadir.

Latihan kali ini dimulai seni kompang dengan paluan selawat  dan diselang seli dengan paluan lagu salingan yang telah diajar sebelum ini. Selepas hampir sejam setengah paluan kompang bergema latihan diteruskan pula dengan 3 elemen seni yang lain yang diketuai oleh AJK-AJK KKWS. Latihan tamat seperti biasa pada jam 11.30 malam.

*P.S: Pihak pengurusan KKWS mengucapkan Takziah kepada Pengerusi KKWS saudara Wak Jibeng aka Norafiszal Sabuan dan keluarga diatas pemergian ibu saudara tercinta, semoga terus tabah diatas ujian Allah ini. Semoga Arwah ditempatkan dikalangan Orang-orang yang beriman…Al-Fatihah.