Wednesday 5 November 2014

Latihan Dewasa - First Try




5 Nov 2014 – Hasil Mesyuarat  AJK sabtu lalu, pihak pengurusan bersetuju untuk membuat pengasingan latihan bagi ahli dewasa dan kanak-kanak. Oleh itu latihan kali ini hanya diwajibkan untuk ahli-ahli Dewasa manakala untuk anak-anak akan ditukarkan kepada hari Jumaat. 

 Ini bertujuan untuk memberi lebih tumpuan kepada latihan ahli kanak-kanak disamping melahirkan tenaga pengajar dikalangan ahli dewasa selain memberi ruang kepada ahli-ahli wanita KKWS mempelajari seni kompang bersama memandangkan pada latihan-latihan sebelum ini mereka tidak berkesempatan kerana sibuk dengan kerja-kerja pengurusan dan pendaftaran ahli-ahli kanak-kanak. 

Tidak seperti latihan sebelum ini latihan dewasa hanya lebih fokus kepada lagu-lagu salingan seperti lagu-lagu perkahwinan,lagu rakyat dan juga lagu-lagu moden.

Disamping itu juga pihak pengurusan KKWS mengambil kesempatan untuk melatih ahli-ahli yang lain menjadi ‘tekong’ untuk paluan selawat dan perasmian. Ini dilakukan bertujuan sebagai persediaan jika diantara ‘tekong’ sedia ada terlibat dengan komitmen lain pada hari persembahan.

Perubahan –perubahan latihan ini adalah demi untuk menjadikan KKWS lebih serba boleh dan bersesuaian dengan keadaan. Disamping memastikan 3 objektif dan 3 misi tercapai untuk masa akan datang.

Semoga dengan usaha kami ini dapat terus memperkembangkan dan memartabatkan kesenian bangsa yang indah ini. Dan semoga usaha kami ini diredhai ALLAH S.W.T. 
Ameen....

No comments:

Post a Comment