Saturday 15 November 2014

Latihan Anak-Anak KKWS 14 November 2014




14 Nov 2014 – Sekali lagi rutin latihan untuk kanak-kanak KKWS dijalankan seperti biasa. Seperti minggu lalu latihan dijalankan kembali pada pukulan asas untuk memantapkan paluan dan pemahaman rentak bagi anak-anak KKWS.

Latihan ini bertujuan untuk memantapkan lagi paluan terutama pada paluan mengarak dan selawat yang selalu menjadi paluan utama dalam majlis-majlis rasmi. Kanak-kanak KKWs telah memberi banyak peningkatan terutama bagi yang baru saja menyertai KKWS. Ini menunjukkan perkembangan yang positif untuk KKWS dan secara tidak langsung memudahkan pihak pengurusan merangka aktiviti mahupun persembahan.

Latihan ni yang dihadiri bukan sahaja perserta kanak-kanak namun turut juga dihadiri oleh ibubapa. Kehadirin mereka ini secara tidak langsung membantu menggalakkan anak-anak kecil ini untuk terus mendalami seni bangsa yang indah ini dan juga sebagai tanda sokongan kepada KKWS sendiri.

Latihan kali ini tamat seperti biasa pada Jam 11.30 malam dan disambung pula dengan sesi refleksi oleh para AJK KKWS sehingga jam 3.30 pagi. Memandangkan semua AJK sibuk dengan tanggungjawab dan kerjaya pada hari-hari lain, pihak pengurusan KKWS terpaksa mencuri ruang ini untuk memberi sepenuh tumpuan kepada KKWS bagi meneruskan penambahbaikkan yang tidak putus-putus kepada KKWS.

Sesungguhnya inilah pengorbanan kecil mereka demi memastikan perjuangan seni bangsa tidak luput ditelan zaman. Semoga usaha kalian diberkati Allah.

Tahniah KKWS!!!!

No comments:

Post a Comment