Wednesday 12 November 2014

LATIHAN DEWASA: 12 NOVAMBER 2014




12 Nov 2014 – Perjuangan KKWS diteruskan lagi dengan rutin latihan seperti minggu-minggu sebelumnya. Seperti yang telah ditetapkan minggu lalu,setiap rabu hanya menjadi medan untuk Ahli dewasa melepaskan ‘gian’ untuk memalu kompang. 

Berbeza dengan latihan peserta Kanak-kanak latihan dewasa lebih menjurus kepada lagu-lagu salingan yang santai. Latihan kali ini menjurus kepada penambahbaikkan paluan lagu Lemak Manis yang telah dikuasai pada minggu lepas dan juga pengenalan pada paluan lagu baru iaitu lagu midley Pengantin Baru/Kampung Pening Lalat.

Latihan seperti ini Nampak lebih ‘bernyawa’ dari sebelum ini apabila berlaku perkongsian idea dan pengalaman dikalangan Ahli-ahli. Ini menunjukkan pertalian antara ahli-ahli semakin akrab seperti sebuah keluarga yang besar. Semoga dengan keakraban ini dapat membantu memperkembangkan lagi KKWS dan dapat memberi impak yang positif pada pelapis-pelapis KKWS nanti.

Latihan kali ini berakhir seperti biasa jam 11.30 malam dan disambung pula dengan mesyuarat perancangan oleh barisan-barisan AJK. Mesyuarat ini dijalankan bagi membuat sesi refleksi serta penambahbaikkan untuk latihan-latihan yang akan datang. Dalam suasana santai dan penuh mesra dikalangan AJK-AJK, banyak idea-idea positif yang dapat dikumpulkan bagi memastikan 3 objektif utama KKWS tercapai. Majlis selesai pada Jam 3 pagi dengan perbentangan pengisian untuk latihan Ahli Kanak-kanak KKWS pada hari Jumaat nanti.

Untuk semua yang menyokong KKWS pihak admin belanja video latihan sikit.


No comments:

Post a Comment