Saturday 1 November 2014

KARNIVAL MAHABBAH SRA SAUJANA UTAMA





1 Nov 2014 – Sekali lagi KKWS mendapat undangan untuk mengadapakan persembahan kompang. Kali ini persembahan diadakan di Karniaval Mahabbah 2014 SRA Saujana Utama. 

Seperti Jemputan persembahan yang lalu,KKWS mengambil kesempatan ini untuk melakukan Promosi untuk menarik lebih ramai penyertaan dengan membuka BUZZ pendaftaran dan membuat klinik kompang bagi memperkenalkan seni kompang pada generasi muda khususnya.

Pada persembahan kali ini KKWS meletakkan sedikit kelainan dengan membuat bukan saja paluan perasmian tetapi diserikan pula dengan paluan lagu Cik Mek Molek yang mendapat sambutan dari semua tetamu yang hadir.

Dikesempatan kali ini juga pihak KKWS ingin mengucapkan setinggi-tinggi pernghargaan kepada SRA Saujana Utama dan PIBG kerana memberi sokongan kepada KKWS dalam memartabatkan kesenian melayu.

Insya Allah KKWS akan terus berusaha untuk terus memperkembangkan lagi seni budaya melayu ini yang bukan sahaja tertumpu pada seni kompang tetapi seni-seni kebudayaan yang lain juga seperti seni silat,seni zapin dan seni qasidah. Semoga dengan sokongan semua pihak segala usaha kami ini akan beroleh kejayaan. Ameen.

No comments:

Post a Comment