Friday 7 November 2014

LATIHAN ANAK-ANAK KKWS



7 Nov 2014 – Alhamdulillah sekali lagi KKWS dapat mengadakan rutin latihan seperti biasa,walaupn latihan telah berubah hari namun komitmen dari peserta kanak-kanak masih ditahap membanggakan. Ini menandakan yang anak-anak KKWS memahami matlamat KKWS dalam memartabatkan warisan bangsa ini.

Latihan kali ini dipimpin oleh Timbalan Pengerusi KKWS En. Suhaimi dengan bantuan AJK-AJK lain, kerana Pengerusi KKWS tidak dapat hadir kerana ada kerja yang perlu diselesaikan. Walaupun begitu setiap aktiviti masih dipantau dan masih didalam makluman Pengerusi agar tidak terpesong dari objektif sebenar KKWS. Ini penting bagi memastikan kualiti warisan bangsa ini terus dijaga dan tidak disalah gunakan.

Latihan berakhir pada jam 11.30 dengan gabungan paluan diantara AJK-AJK dan anak-anak KKWS bergema mengharmonikan kesunyian malam seindah dan seiring gemerlapan bintang-bintang dilangit.

No comments:

Post a Comment