Sunday 12 October 2014

Temasya Sukan Ria KRT Pristana,Saujana Utama.




12 Okt 2014 – Pihak KKWS telah melibatkan diri di Temasya Sukan Ria yang dianjurkan oleh KRT Pristana,Saujana Utama. Pihak KKWS telah membuka BUZZ promosi bagi menarik lebih ramai penyertaan dikalangan masyarakat KRT Pristana khususnya dan Saujana Utama amnya.

KKWS juga mengambil kesempatan ini untuk mengadakan klinik kompang dan memberi sedikit pengenalan terhadap seni kompang kepada masyarakat disana. Klinik Kompang KKWS mendapat sambutan yang hangat dari kalangan masyarakat disana terutama Anak-anak kecil yang rata-ratanya pertama kali memegang dan mengenali seni budaya melayu ini.

Sebagai tanda terima kasih tidak terhingga Kepada Pihak pengurusan Temasya Sukan Ria dan KRT Pristana, KKWS mengambil kesempatan mengadakan persembahan kompang sempena menyambut ketibaan dan perasmian penutup Oleh Dato Amiruddin Setro ADUN Jeram.

Temasya Sukan Ria ini merupakan persembahan pertama  KKWS dan secara tidak langsung menjadi pemanas badan untuk ahli-ahli yang baru sebulan berjinak-jinak dengan seni budaya melayu ini.

No comments:

Post a Comment