Wednesday 15 October 2014

KEBANJIRAN AHLI-AHLI BARU.





15 Okt 2014 – KKWS dibanjiri dengan kehadiran ahli-ahli baru yang rata-ratanya kanak-kanak sekitar Pristana Saujana Utama. Dengan kehadiran ini menjadikan peningkatan ahli hampir 2 kali ganda dari sebelumnya dan menyebabkan pihak pengurusan terpaksa mengagihkan kepada 2 kumpulan untuk sesi latihan asas paluan.

Kebanjiran ini adalah rentetan daripada usaha promosi oleh pihak KKWS semasa di Temasya Sukan Ria KRT Pristana sabtu lalu. Pihak KKWS berbesar hati menerima kehadiran ahali-ahli baru ini dan berminat untuk terus melahirkan pelapis yang tidakkan mensia-siakan seni buadaya yang indah ini.

Kedatangan Ahli-ahli baru ini secara tidak langsung membakar semangat ahli-ahli dan pihak pengurusan KKWS untuk terus memperjuangkan budaya bangsa melayu dan mengembangkan seni budaya ini serta bukan hanya tertumpu pada seni kompang malah akan diteruskan dengan seni-seni melayu yang lain.

Insya ALLAH.

No comments:

Post a Comment