Saturday 25 October 2014

LATIHAN PENYATUAN



25 Okt 2014 – latihan kali ini dibuka dengan sedikit kelainan dimana kumpulan kanak-kanak dipecahkan kepada beberapa kumpulan berdasarkan teknik dan kemahiran paluan. Setiap kumpulan kanak-kanak ini akan diberi bimbingan oleh ahli-ahli Dewasa KKWS.

Proses latihan ini bertujuan untuk memperkemaskan lagi teknik paluan kanak-kanak KKWS supaya lebih mantap. Latihan kali ini juga merupakan persediaan terakhir KKWS untuk persembahan pada 1 November 2014  di Karnival Mahabbah SRA Saujana Utama bagi Ahli Kanak-Kanak kerana selepas ini Ahli kanak-kanak akan diberi kelonggaran dari menghadiri latihan untuk memberi tumpuan pada peperiksaan persekolahan mereka.

Usaha ini terpaksa dilakukan oleh pihak pengurusan KKWS supaya anak-anak KKWS dapat menyeimbangkan antara aktiviti kelab dengan pelajaran yang jauh lebih penting.

Latihan Kali ini diakhiri dengan penyatuan paluan oleh semua ahli yang menyaksikan peningkatan  paluan oleh semua ahli terutama kanak-kanak. Ini merupakan Hasil yang cukup positif dari latihan yang baru saja dijalankan dan pihak KKWS berkemungkinan akan mengekalkan pengisian latihan ini untuk latihan-latihan yang seterusnya agar lebih memberi impak pada persembahan-persembahan yang akan datang. Insya ALLAH.

No comments:

Post a Comment