Wednesday 22 October 2014

KEMAJUAN ANAK-ANAK KKWS





22 Okt 2014 – Rentetan dari kunjungan Paluan Mim sabtu lalu,pihak pengurusan KKWS bersemangat membuka sesi latihan kali ini dengan Paluan Selawat yang lebih bergema oleh ahli-ahli dewasa dan kanak-kanak KKWS.

Kemudian KKWS membahagikan ahli kanak-kanak kepada 2 kumpulan dan dibimbing secara peribadi oleh Ahli-ahli dewasa sebagai mentor. Aktiviti ini dilakukan untuk memperbetulkan teknik paluan dan memberi tumpuan secara peribadi supaya ilmu yang disampaikan dapat dikuasai oleh anak-anak kecil ini.

Latihan kali ini juga menyaksikan buat pertama kalinya anak-anak KKWS diberi peluang utnuk memimpin sendiri Paluan Mengarak dan Paluan Perasmian. Pihak KKWS secara peribadi berbangga dengan semangat dan kemajuan anak-anak KKWS ini yang memberi keputusan yang sangat positif.

Semoga usaha ini terus berkembang dan bersemarak dikalangan anak-anak muda ini sesungguhnya merekalah pewaris khazanah berharga ini untuk masa hadapan.

No comments:

Post a Comment