Saturday 18 October 2014

KUNJUNGAN PALUAN MIM




18 Okt 2014 -  Kali Ini KKWS mendapat kunjungan yang tidak dijangka dari Persatuan yang seiring dengan visi KKWS. Kunjungan yang tidak dirancang ini adalah hasil usaha Pengerusi KKWS dan Pengerusi  Paluan Mim.

Kunjungan Paluan Mim adalah sebagai tanda sokongan kepada KKWS yang baru sahaja sebulan ditubuhkan dan Paluan Mim telah mengadakan demonstrasi Kompang Formasi dengan pelbagai lagu.

Kehadiran Paluan Mim secara tidak langsung telah memberi semangat kepada kanak-kanak KKWS untuk terus mendalami ilmu seni kompang ini dan sekali gus membuka mata pihak pengurusan KKWS untuk memperkembangkan lagi seni ini kepada generasi muda.

Kunjungan ini diakhiri dengan gabungan paluan antara Ahli-ahli Paluan MIM dan KKWS. Semoga ikatan perjuangan yang terjalin ini akan terus beralunan seperti gema paluaan seni kompang yang merdu dan tiada berpenghujung.

No comments:

Post a Comment