Wednesday 14 January 2015

Orang-Orang Kuat KKWS Berkampung



14 Januari 2014 – Buat pertama kalinya pihak KKWS menangguhkan rutin latihan yang biasanya diadakan setiap rabu bagi memberi ruang kepada Pihak Pengurusan KKWS untuk  mengadakan mesyuarat pengurusan siri 1/2015.

Mesyuarat ini diadakan untuk membentuk dan memperkemaskan barisan AJK induk dan AJK kecik untuk keempat-empat elemen seni bagi memudahkan perjalanan aktiviti. Mesyuarat kali ini juga menyaksikan perubahan dalam pengisian latihan dalam setiap aktiviti KKWS mengikut kesesuaian waktu dan keadaan memandangkan sesi persekolahan 2015 baru sahaja bermula.

Selain itu,Pihak KKWS turut membincangkan permasalahan didalam setiap latihan dan setiap elemen seni yang diketengahkan dan mencari jalan penyelesaian yang sebaiknya bagi memastikan kelancaran program selari dengan perancangan dan objektif asal penubuhan kelab ini.

Hasil dari mesyuarat kali ini menyaksikan lebih ramai tenaga AJK  dan biro-biro baru yang dibentuk bagi menyeimbangkan dan menampung beban tugas yang dipikul oleh AJK-AJK sedia ada sekaligus mendapat yang respon yang positif dari semua.

Mesyuarat yang dijalankan penuh santai ini berakhir Jam 12.00 tengah malam. Semoga setiap program yang disusun dan dirancang dipermudahkan dan memberikan kesan yang positif pada KKWS dan masyarakat khasnya dalam usaha kami memmartabatkan kembali khazanah bangsa ini.

Ameen.

No comments:

Post a Comment