Saturday 31 January 2015

KKWS @ Perkarangan Surau Lama Sri Pristana





31 Januri 2015 – Sekali lagi rutin latihan telah dijalankan oleh pihak KKWS. Kali ini tempat latihan dipindahkan ke perkarangan surau lama Sri pristana,Saujana Utama. Ini sebagai langkah pihak KKWS menarik minat anak-anak ini dan sesekali beralih angin untuk mengubah momentum dan meningkatkan semangat anak-anak yang hanya biasa dengan perkarangan SRA saujana utama sahaja sebelum ini.

Latihan ini merupakan latihan persediaan untuk jemputan persembahan kompang dimajlis perkahwinan pada 8 Feruari di Maju Junction Kuala Lumpur dan 21 Februari di Dewan TUDM Subang. Memandangkan jemputan persembahan yang menggalakkan, KKWS terpaksa memberhentikan dahulu aktiviti-aktiviti untuk elemen seni yang lain bagi memberi ruang seni kompang mempersiapkan dan memperkemaskan paluan untuk memastikan kualiti paluan dipertingkatkan.

Latihan kali  ini mendapat kerjasama yang baik dari semua AJK bagi melancarkan proses latihan dan secara tidak langsung meningkatkan semangat dan keyakinan anak-anak ini sebagai persediaan membiasakan diri bermain kompang dimajlis-majlis rasmi.

Dengan semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak ini juga secara tidak langsung memberi semangat kepada pengurusan KKWS untuk terus memperkembang dan memperhebatkan lagi bakat anak-anak ini agar lebih dikenali sekaligus memartabatkan seni ini dikalangan generasi muda.

No comments:

Post a Comment