Kelab Kebudayaan Warisan Saujana (KKWS) ditubuhkan pada 10
September 2014 dengan keahlian seramai 28 orang termasuk dewasa dan kanak-kanak
sekitar Saujana Utama. KKWS ditubuhkan berdasarkan 3 objektif utama iaitu:-
1.
Membudayakan dan memartabatkan seni kebudayaan
melayu khususnya.
2.
Mengeratkan silaturahim antara Ahli dan
masyarakat.
3.
Melahirkan pelapis yang celik dan sentiasa
membudayakan seni warisan bangsa agar tidak ditelan zaman.
Namun setelah sebulan KKWS ditubuhkan KKWS mendapat sambutan
yang menggalakkan dari masyarakat setempat dan Keahlian KKWS meningkat seramai
hampir 80 orang ahli meliputi kawasan bukan sahaja sekitar Saujana Utama, malah
kawasan-kawasan seperti Subang, Sungai
buluh dan Puncak Alam. KKWS berhasrat untuk menengahkan keseniaan melayu
seperti Kompang, Silat, Zapin , Qasidah & sebagainya serta berharap bukan
sahaja dapat memperkenalkan kepada generasi muda malah dapat mengembang dan
memartabatkan kesenian bangsa agar tidak dilupakan.
KKWS juga telah Berjaya didaftarkan secara rasmi dibawah
Akta Pertubuhan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia (ROS) pada 21 Oktober
2014. Semoga dengan kejayaan ini dapat membuka jalan lebih luas untuk KKWS
melangkah lebih jauh.
No comments:
Post a Comment