31 Disember 2014 – Alhamdulillah, KKWS menutup tahun 2014
yang penuh cabaran dugaan dengan meneruskan kesinambungan latihan seni tradisi
bangsa ini. Kali ini KKWS bukan saja menjalankan latihan kompang malah
mengambil kesempatan semangat tahun baru dengan
memperkenalkan 1 lagi elemen seni bangsa iaitu seni Zapin.
Latihan seni Zapin ini dilatih dan diperkenal oleh Saudara
Akhmal sebagai pengenalan untuk aktiviti baru kepada anak-anak KKWS yang akan
dilancarkan pada 2015. Latihan asas zapin ini segaja diselitkan didalam latihan
kompang pada kali ini untuk memperkenalkan keunikan seni zapin yang diiringi
dengan paluan zapin oleh Ahli-ahli kompang secara tidak langsung membiasakan
ahli-ahli kompang dengan paluan zapin untuk mengiringi persembahan seni zapin
yang diperkenalkan oleh KKWS kelak.
Latihan kali ini ditutup dengan doa dan azam yang
berkobar-kobar untuk memartabatkan tradisi bangsa pada tahun 2015 yang pastinya
penuh dengan cabaran dan dugaan untuk KKWS sendiri dalam melaksana 3 objektif
utama kami.
Semoga dengan kerjasama semua ahli jawatankuasa KKWS, sokongan dari ahli-ahli dan ibu bapa serta
masyarakat Saujana Utama Khususnya akan membantu kami dalam merealisasikan
impian untuk melihat tradisi bangsa ini kembali dipelihara selari dengan
kemajuan dan peredaran zaman. Insya Allah.