2 Januari 2015 – Kehadiran tahun baru merupakan satu lagi
tahun yang akan menyaksikan perjuangan KKWS yang penuh ranjau dan duri. Seperti
tahun 2014, tahun 2015 pastinya menjanjikan sesuatu yang penuh dugaan buat KKWS
dalam memartabatkan seni bangsa yang semakin lupus ditelan zaman.
Menyedari setiap perjuangan akan pasti penuh dengan dugaan
dan pengorbanan, pihak KKWS dengan bersemangat memulakan 2015 dengan latihan yang
jauh berbeza dari kebiasaan. Kali ini KKWS membuat sedikit anjakan paradigma
didalam perjalanan KKWS dengan memulakan 3 lagi elemen yang ingin
dipertengahkan didalam KKWS iaitu zapin,silat dan qasidah sebagai mengiringi
elemen sedia ada iaitu kompang.
Elemen-elemen ini dipilih memandangkan ia juga boleh
digabungkan dengan paluan kompang sebagai tunjang utama didalam setiap
persembahan KKWS.
Latihan kali ini dimulai dengan memperkemaskan paluan
kompang yang telah dipelajari dan juga merupakan sesi memanaskan badan untuk
semua ahli sebelum ahli-ahli dipecahkan kepada elemen-elemen seni seterusnya.
Setiap elemen yang baru diperkenalkan didalam KKWS ini
dimulakan dengan kelas asas sebagai pengenalan untuk ahli-ahli KKWS sebelum
pihak pengurusan KKWS merangka perjalanan yang lebih jauh. Ini perlu untuk
memastikan minat dan bakat anak-anak KKWS yang merupakan salah 1 Objektif utama
penubuhan KKWS dalam melahirkan pelapis yang akan mewarisi perjuangan seni
bangsa ini.
Pihak KKWS mengambil kesempatan ini mengucapkan ribuan
terima kasih kepada semua AJK yang terlibat dalam memastikan perjuangan ini
terus mekar dan berkembang, semoga segala usaha kita ini mendapat keberkatan
dari Allah S.W.T.
Ameen.
No comments:
Post a Comment