31 Januri 2015 – Sekali lagi rutin latihan telah dijalankan
oleh pihak KKWS. Kali ini tempat latihan dipindahkan ke perkarangan surau lama
Sri pristana,Saujana Utama. Ini sebagai langkah pihak KKWS menarik minat
anak-anak ini dan sesekali beralih angin untuk mengubah momentum dan
meningkatkan semangat anak-anak yang hanya biasa dengan perkarangan SRA saujana
utama sahaja sebelum ini.
Latihan ini merupakan latihan persediaan untuk jemputan
persembahan kompang dimajlis perkahwinan pada 8 Feruari di Maju Junction Kuala
Lumpur dan 21 Februari di Dewan TUDM Subang. Memandangkan jemputan persembahan
yang menggalakkan, KKWS terpaksa memberhentikan dahulu aktiviti-aktiviti untuk
elemen seni yang lain bagi memberi ruang seni kompang mempersiapkan dan
memperkemaskan paluan untuk memastikan kualiti paluan dipertingkatkan.
Latihan kali ini
mendapat kerjasama yang baik dari semua AJK bagi melancarkan proses latihan dan
secara tidak langsung meningkatkan semangat dan keyakinan anak-anak ini sebagai
persediaan membiasakan diri bermain kompang dimajlis-majlis rasmi.
Dengan semangat yang ditunjukkan oleh anak-anak ini juga
secara tidak langsung memberi semangat kepada pengurusan KKWS untuk terus
memperkembang dan memperhebatkan lagi bakat anak-anak ini agar lebih dikenali
sekaligus memartabatkan seni ini dikalangan generasi muda.
No comments:
Post a Comment