Wednesday, 7 January 2015

Keluarga Baru KKWS 2015




7 Januari 2015 - Rentetan dari usaha KKWS meneruskan memartabatkan seni bangsa dengan menambahkan 3 lagi elemen seni iaitu zapin,silat dan qasidah menyaksikan berlaku penambahan beberapa ahli untuk ketiga-tiga elemen seni ini.

Perkembangan ini merupakan bukti penerimaan masyarakat terhadap usaha murni kami ini dan sekaligus menguatkan lagi daya usaha kami untuk menyaksikan seni bangsa ini terus diwarisi.

Dikesempatan ini pihak pengurusan KKWs mengucapkan Selamat Datang kepada Ahli-ahli baru KKWS. Semoga dengan berkembangnya ahli keluarga KKWS ini memudahkan lagi pihak kami mengerakkan ke empat-empat elemen yang sedia ada agar lebih berjaya. Pihak KKWS juga mengucapkan ribuan malah jutaan terima kasih diatas sokongan yang diberikan. Bersama kita memartabatkan seni bangsa ini agar tidak luput ditelan zaman.

No comments:

Post a Comment